Friday, July 31, 2009

dari hati ke hati

Rajuk ku biarkan sendiri
Pujuk ku biarkan ku pujuk sendiri
Tangis ku biarlah ku sendiri

Diam ku tidak akan bererti
Luah ku tidak terperi
Sesal ku tiada berguna lagi
Sakit ku pendam rasa sendiri

Bicara lah dari hati ke hati
Kerana kita tercipta bersama sejak azali
Keampunan mu ku junjung tinggi
Kemaafan mu membawa ku ke syurga nanti

Apalah daya ku hanya seorang insani
Doa ku tidak putus-putus berhenti
Hanya mampu ku mengadu pada Ilahi
Mengharap keredhaan Nya yg hakiki
Semoga petunjuk kan ku harap diberi.

nukilan
xznie @ 2148, 310709-Friday

-aku hasilkan nukilan ini di kala hati sedang rasa..hmm..ade setengah manusia, bila rajuk ingin minta dipujuk oleh seseorang..dan setengah lg hanya membiarkan rajuk itu..kerana dia sendiri yg akan memujuk hatinya..xperlu pujukan org lain...kerana itu akan lebih membebankannya..

aku adalah dikalangan itu..setiap kali aku terasa..berkecil hati..aku pandai menyorokkannya..dan mereka yg melihat aku seperti tidak ada apa yg berlaku..seolah-olah hidupku penuh dgn warna2 pelangi kehidupan..

jangan silap..hidup kita kadang kala dilanda badai..angin..taufan yg datang menerjah sekadar menguji kecekalan hati, ketabahan dan kekuatan manusia..sesekali akan datang warna hitam dan kelabu..bukan hanya warna2 pelangi saja..beza nya cara kita mencorakkan warna2 tersebut iaitu cara kita mengatasi dan menanganinya..dgn mencari jln singkat sebagai penyelesaian atau merancang strategi dengan berfikiran panjang dan jauh..dalam satu noktah..perlu ada keputusan yg muktamad..

usahlah keputusan yg kita ambil itu hanya mementingkan diri sendiri saja..kelak akan memakan diri..berfikirlah secara rasional..bukakanlah akal dan fikiran demi mencapai kebahagiaan bersama..berdoa lah..mohon petunjuk dari Yang Esa..insya-Allah..akan ada jalan ke penyelesaian yg terbaik.kebiasaanya rajuk ku x lama..lepas tu, aku luahkan la apa yg terbuku di hati pd orang yg buat aku terasa..itu lebih baik..memperbetulkan kesilapan dan memperbaiki diri..nak pendam lama2 pun sendiri yg sengsara..kalau boleh lupakan, itu lebih baik..dan yg penting saling bermaafan..org yg memberi maaf lebih besar pahalanya dari yg meminta maaf..fikir-fikirkanlah...