Friday, August 10, 2012

Salam Ramadhan & Salam Aidilftri

masih belum terlewat untuk aku ucapkan salam ramadhan dan selamat berpuasa kepada kalian semua..maaf setelah agak lame menyepikan diri di sini..hanya kerana 1 penyakit paling besar bertandang pada diri ini dan tidak dapat dielakkan..M.A.L.A.S..kalau penyakit ni datang, mmg x dpt buat ape la..sedangkan byk perkara berlaku dan harus dikongsi bersama..


memandangkan hari ni last keje (dah start cuti raya), mood utk berkerja pun kurang (berkurang atau xde langsung nih?)..ditambah lak dgn keadaan kesihatan yg kurang memberangsangkan (demam + batuk)..jd hari ni agak longlai dan lemah sikit..nasib baik la hubby seorang yang boleh bertoleransi dlm menguruskan rumah tangga..chewaaahhh harus la dpt kredit kan B..mlm ni start la packing smua baju2 n kuih raya utk mak mertua n mak sendiri..termasukla peralatan dan makanan untuk anak2 dua ekor yg sedang aktif..(kucing2 yg hubby hadiahkan sebagai pengganti momot) nmpk gaya mmg kena bawak dua ekor nih..kang tinggal 2 minggu kesian lak xde sape bg makan...

tahun ni turn beraya rumah aku (johor)..tp esok balik berpuasa di rumah mak mertua kt melaka dulu..dua tiga hari b4 raya baru la blk johor..sempat la kan berpuasa ngan family sendiri :D
dah raya sakan kt johor, br la balik beraya kt melaka..


Di kesempatan ini, aku ingin menyusun sepuluh jari memohon keampunan dan kemaafan pada kawan2 yg mane aku dah buat terkecik ati ke terkasar bahasa ke terlepas cakap ke terguris hati ke terluka hatinye sehingga berdendam ke..sorry sgt2..aku insan lemah yg selalu khilaf..x sesempurna dan sering melakukan kesilapan..akan diperbaiki di masa hadapan..inshaAllah..aamiiin :)

kawan2 doakan perjalanan aku selamat sampai ke destinasi ye..kpd kawan2 jugak aku doakan perjalanan kawan2 selamat sampai ke destinasi..hati2 di jalan raya ye..biar slow2 xpe..asalkan selamat..tambahan..jgn memandu melebihi had laju..nanti kopak poket korang nak kena bayar saman..daripada bayar saman tu, lebih baik korang sedekahkan duit kt org2 yg memerlukan..hehehe

salam aidilfitri
dari pena jejari besar :D
~ zenn ~