~ pendirian jangan seperti lalang
Bagi aku, pendapat aku, suara aku dan hak aku
::: mula2 kita sokong 1 "kenyataan" pihak ni
sokong punya sokong, kebenaran pun muncul
dah nampak "kenyataan" dia salah
ko masih nak sokong lg ke?
klau dah jumpe benda yg betul
nak tegak lg ke benang yg basah?
terlalu taksub
fanatik
bombastik
elastik dan plastik
hati batu..tegar dan begar..
aku kata "kenyataan" bkn "pihak".
Manusia..selalu diomok-omokkan;
~ jangan jaga tepi kain orang..jaga saja kain sendiri
Bagi aku, pendapat aku, suara aku dan hak aku
::: ini mmg selalu jadi
jangan cuba koyakkan kain orang
kain sendiri rabak dah tak sedar
konon2 kita "perfect" sgt
asyik menongkat saja kepala
pandangnya nak yang tinggi
hidungnya nak tinggi
langsung kepala tak mahu tunduk ke bawah
tak sedar kain sendiri dah terselak sampai ke atas
bila dah jadi
jangan la gelak
jangan alpa
besok2 balasan dpt kt kita
ambil saja pengajarannya
jadikan iktibar
panduan kehidupan.
#kenyataan aku untuk situasi yg tertentu dan sesuai diguna pakai.
ada yang perlu, ada yang tidak.
Pahamkan.
Manusia..selalu diomok-omokkan;
~ jangan kecilkan hati orang..jangan buat orang terasa..kena utamakan hati orang
Bagi aku, pendapat aku, suara aku dan hak aku
::: kita dah banyak jaga hati orang
sampai tahap jagaan hati orang tu sgt la tak adil bg diri sendiri
dan sesekali kena la ajar orang tu dgn "kata2" dari kita
tgk orang tu boleh ke tak jaga hati kita seperti kita jaga hati dia
boleh tak?
boleh tak?
nan hadoooo
Manusia..selalu diomok-omokkan;
~jangan terlalu pentingkan diri sendiri..kena pikir orang lain gak
Bagi aku, pendapat aku, suara aku dan hak aku lagi
::: jaga saja diri sendiri
manusia lain takkan pedulik
dan nasihat aku
sebelum nak ckp org tu itu dan ini
pekara utama yg perlu dilakui
bkn hanya setakat perlu pandang kanan kiri
atas bawah depan belakang
tapi ambil lah cermin
tgk diri sendiri
ukur dulu se"perfect" mana kah kita
sampai perlu melabel orang sebagai itu dan ini
sungguh keji.
Dan aku
masih lagi menilik kelemahan diri
mmg aku tak "perfect"
yg hanya aku mampu tulis (ya..aku gelar taip di blog ini sebagai tulis)
jadi mmg aku pentingkan diri
dah lelah asyik nak pentingkan orang yg tak sedar diri.
kamu juga pentingkan diri
jangan asyik menuding jari
kerana 1 jari yg dituding hala ke aku
jari-jemari yg lain masih setia hala ke diri mu sendiri
sedarkah kau akan itu?
kadang2 bila kena perli sikit
2, 3 baris ayat perli tiada sinis
tak bawak kawan join ventures tolong perli sekaki
tak terjah dgn seguni dan berbakul-bakul sinis lagi
tapi abis setaman hati kau maki
pandang pun semacam ngeri
dari pagi sampai petang dini
macam aku saja punya dosa hakiki
dan seakannya macam kau tak pernah perli.
Kalau kau rasa sakit hati
orang lain pun dah rasa sakit hati tu
semua sama
semua dapat
hal sikit tapi gebang merata.
Oh ya..kamu sempurna
maksum
bukan aku
Ya..aku salah
kamu betul
aku tak boleh perli orang
kamu selayaknya boleh perli
dan aku perlu diam
Ya..aku akan diam.
Kalian
sepuluh jari aku mohon maaf
aku manusia bukan bersifat maksum
yg harus sempurna di mata orang
walaupun cuba utk jadi sempurna
tp tetap tidak akan pernah puaskan hati orang
jadi, aku masih tetap menjadi diri sendiri
bkn hipokrit untuk kepuasan kalian
ya aku tau, mmg aku jaga kepuasan hatiku sendiri
dan aku tetap terus begitu
kerana kamu takkan pernah tau
apa isi hati ku
dan takkan pernah ada salah dgn ku.
Telah aku cuba jaga hubungan sesama kita
natijahnya
aku tetap dipijak-pijak
telah masih aku berikan hormat
hormat sesama insan
natijahnya
aku tetap terima kebiadapan
kamu masih tidak sedar kan?
lihat..lihat la dgn mata hati
sebanyak mana kamu memijak aku
aku terima
atas ihsan ukhwah ini
kamu masih lagi tiada salah dgn ku.
Ya..
yg buruk-buruk semuanya datang dari aku
bkn kamu
paham la aku
sedarlah aku
mengalah lah aku
tapi tidak bermakna kalah yang salah
aku beralah kerana kamu
lihatlah..masih pentingkan diri lagi kah aku?
jawablah..kalau sebegitu bagimu
aku kejam
aku keji
aku hina dina lagi.
Ya..ingat
jangan dijolok sarang tebuan
natijahnya kau yg rasa.
Kalau masih ada yg mahu label
silakan
dan aku memaafkan
tiada dendam
tiada kecil hati
dan tiada kepentingan diri.
Jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada yg benar2 mengenali
yg memahami
yg tetap hadir dan setia
yg masih berpegang teguh atau yg sedang memperlekehkan
yg sedang ketawakan
atau yg masih tak berhenti meng"kondem" aku
dan yg menikam aku
terima kasih untuk semua
terima kasih.
#tengah2 malam kalau karang ayat, mmg mcm ni..puitis sungguh..hal sebegini telah lama aku pendam..bkn baru terjadi..dan malam ni aku luah di sini..:)
Ya sepatutnya aku luah terus pada yg tak puas hati..tapi belum terluah, dah di"petik"nya..seakan aku tidak layak utk bercakap..ditolak mentah-mentah..dinafikan hak sekeras-kerasnya..
dan nahhhh..di sini aku luah..di sini la kau baca.
perlu diingat
ayat aku puitis
byk perumpamaan
jangan pulak kau salahgunakan pemahaman ayat tinggi aku ni
nanti berdendam lagi
moody.
Maaf sekali lagi.
" I should never sacrifice three things; My Family, My Heart or My Dignity"
"label la itu dan ini",
~zenn