Thursday, January 13, 2011

Panadol (Paracetamol) & Kesannya

Oh ye..before tu, aku nak mentioned kt sini..petikan dibawah ni aku dpt from email..membe aku share..then aku share lak ngan korang..sharing is caring yo..amat penting untuk kesihatan tubuh badan kite..


mudah menelan? fikir-fikirkan..

SEBUAH KISAH BENAR...

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat seorang doktor. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. Sebaliknya mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari alternatif lain.

Ini adalah kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut kata doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh sekurang-kurangnya selama 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku kepada seorang peramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Beliau kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment (Tips)

Seperti kata doktor tersebut, "Sakit kepala adalah kerana ketidakseimbangan elektron / ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan supaya kita minum air isotonik campurkan dengan air masak pada kadar nisbah 1:1 atau 1:2". Mudahnya, secawan isotonik + 2 cawan air masak.

Saya dan suami telah menggunakan kaedah ini dan ternyata ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberikan tekanan darah turun menurun dari kepala.

Panadol adalah sejenis Painkiller??

Semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda memerlukan dos yang leih tinggi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.  Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses bersalin secara pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah seperti MOFFIN?

Tepuk dada tanya selera..Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang "biasa" ini ke dalam mulut anda.

p/s : aku pun dah lame x telan panadol ni..biasenye kalo demam, aku terus beli 100plus..then minum..Alhamdulillah..after minum, demam kebah gak.. ha..bila kena cherry berry (cirit birit), doktor aku suh minum 100plus je..insyaAllah..sembuh..^_^ v

ade gak rujukan yg aku sempat buat..leh refer sini :-

http://halaqah.net/v10/index.php?topic=6125.0
http://www.netdoctor.co.uk/medicines/100003607.html